Wednesday 24 September 2014

HINDU

AGAMA HINDU


Lambang Agama Hindu

Agama Hindu, sebuah Agama yang tertua di dunia. Hindu sebenarnya bukan sebuah agama malah sebuah tradisi yang di kembangkan hampir 10,000 tahun oleh masyarakat India. Perkataan Hindu berasal daripada perkataan Sindhu, Ia itu nama tempat tamadun Kaum India bermula, penduduknya digelar sindhu dan lama kelaman ia berubah menjadi Hindu. Hinduisme (bahasa Sanskrit: Dharma Sanātana (abadi), juga dikenali sebagai Dharma Vaidika (Veda)) ialah satu agama atau falsafah yang berasal dari benua India dan kawasan sekeliling yang berhampiran. Agama ini adalah agama tertua yang diketahui di dunia, dan tidak dapat mengenal pasti pengasas-pengasasnya, atau dimana wujudnya agama tersebut atau bandar suci yang utama masih lagi menjadi tanda soal. Kitab pertama agama ini ialah Veda dan dengan berlangsung masa, banyak kitab yang lain juga termuncul.
Istilah Hinduisme merangkumi berbagai-bagai aliran fikiran dan taifah, serta upacara-upacara amal yang amat berbeza. Banyak penganut Hindu yang dipengaruhi oleh falsafah Advaita bersembahyang kepada berbagai-bagai dewa, dan menganggap dewa-dewi ini sebagai penjelmaan-penjelmaan untuk satu Roh Kosmo monistik yang agung (Brahman), sedangkan banyak penganut yang lain menumpukan kepada satu konsep mufrad untuk Brahman (Tuhan), umpamanya VaishnavismeSaivisme dan Syaktisme.
Hinduisme ialah agama yang ketiga terbesar di dunia, dengan lebih kurang 900 juta penganut (angka 2005). Kira-kira 890 juta daripada bilangan itu tinggal di India.

Ajaran dan kepercayaan Asas Agama Hindu:

  1. Tuhan hanya satu.
  2. Asas ( Nyawa) yang ada dalam semua kehidupan termasuk binatang adalah sama.
  3. Tuhan yang menentukan semua yang berlaku di sekitar kita.
  4. Tuhan memerintah dan mengoperasi alam ini melalui dewa-dewi yang ditugaskan.
  5. Tiga dewa diberi keutamaan dalam Agama Hindu  ( Bramma – Pencipta ) (Vishnu- Penjaga ) (Siva – Penghapus )
  6. Manusia yang buat kebaikan akan masuk syurga, manusia yang buat kejahatan akan masuk neraka.
  7. Manusia akan hidup berulang kali sehingga semua karmanya selesai.
  8. Kehidupan yang hidup di dunia ini bermula dari satu akal sehingga enam akal.
  9. Kitab suci agama hindu ada empat yang digelar Veda ( Rig, Atharva, Sama dan Yahjur ).
  10. Orang yang hidup mengikut Veda digelar Vedandi.
  11. Setiap kehidupan sama ada manusia atau binatang, mempunyai hak untuk hidup di dunia ini.


Dalam Agama Hindu ada lima keyakinan dan kepercayaan yang disebut dengan Pancasradha. Pancasradha merupakan keyakinan dasar umat Hindu. Kelima keyakinan tersebut, yakni:

  1. Widhi Tattwa - percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa dan segala aspeknya
  2. Atma Tattwa - percaya dengan adanya jiwa dalam setiap makhluk
  3. Karmaphala Tattwa - percaya dengan adanya hukum sebab-akibat dalam setiap         perbuatan
  4. Punarbhava Tattwa - percaya dengan adanya proses kelahiran kembali (reinkarnasi)
  5. Moksa Tattwa - percaya bahwa kebahagiaan tertinggi merupakan tujuan akhir manusia


Orang Hindu mempunyai tiga kepercayaan utama, iaitu:
  • Shaivisme: Pemujaan Shiva, dewa paling hebat, iaitu Pemusnah dan Pencipta Semula. Shiva juga dikenali sebagai Mahadev atau Maha Dewa. Kuasa ciptaannya dirayakan dengan penyembahan lingam, satu objek pujaan berbentuk huruf r yang lazim terdapat di kuil-kuil dan juga rumah-rumah orang beragama Hindu.
  • Vaishnavisme: Pemujaan dewa Vishnu merupaka amalan paling popular di kalangan orang Hindu sebab Dewa ini sering mengambil bentukmanusia dari masa kesemasa untuk membantu manusia. Dewa ini telah melalui sembilan kehidupan semula (avataras) dan ia diramalkan akan kembali hidup semula dalam bentuk lain. Daripada sembilan kelahiran ini, dua kelahiran yang paling utama adalah ketika Dewa ini mengambil bentuk manusia sebagai Ramadan Krishna.
  • Shaktisme: Pemujaan tenaga aktif wanita yang termasuk kuasa pemusnah Kali dan yang lebih lembut, iaitu Dewa Parvati dan Uma.

Tuhan-tuhan bagi penganut Hindu


Kewajipan dalam Agama Ini:
  • Wanita dan Lelaki harus menutup aurat.
  • Orang muda wajib menghormati orang tua.
  • Menderma makanan diutamakan.
  • Wajib sembahyang dan beribadah kepada Tuhan.
Larangan dalam Agama Ini:
  • Dilarang makan daging atau bahan dari badan binatang.
  • Dilarang membunuh termasuk binatang.
  • Dilarang minum arak dan bahan yang memabukkan.
  • Dilarang merogol / Cabut Kehormatan wanita.
  • Dilarang mencuri dan merompak.
  • Dilarang membuat sesuatu perkara yang boleh merosakkan kehidupan manusia atau makhluk lain.
  • Dilarang memotong pokok.

Antara kuil-kuil di Malaysia:

Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur  


Kuil Batu Caves, Selangor
Kuil Sri Anggalaman, Kuala Selangor

Sumber rujukan:
http://rahsiaalam.com/2011/05/dasar-ajaran-agama-hindu/
http://faisal-wibowo.blogspot.com/2013/01/sejarah-agama-hindu.html
http://bali.panduanwisata.com/files/2012/01/arti-dan-lambang-hindu3.png
http://thatsofarah.com/wp-content/uploads/2012/03/TS1.jpg
http://agamahindu9.wordpress.com/tag/nama-tuhan-agama-hindu/
Buku Pengajian Malaysia: (m/s 519 & 520)

Saturday 13 September 2014

NAM

Pergerakan Negara-negara Berkecuali atau NAM(Non-Aligned Movement) ialah sebuah organisasi antarabangsa yang disertai lebih 114 negara yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana mana blok kuasa. NAM telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1955,hasil daripada revolusi Persidangan Afro-Asia di Bandung,Indonesia.NAM diwujudkan akibat pertingkaian dan permusuhan antara Amerika Syarikat dan Rusia selepas Perang Dunia Kedua.Disebabkan pertingkaian ini wujudnya dua blok Negara-negara di dunia iaitu Blok Barat dan Blok Komunis.Keputusan Malaysia untuk menyertai NAM adalah disebabkan oleh pencerobohan Indonesia ke dalam wilayah Malaysia menerusi tindakan konfrontasi terhadap Malaysia.Kemasukkan Malaysia ke dalam NAM mengukuhkan lagi dasar berkecuali iaitu tidak memihak kepada mana-mana pihak Kuassa Besar di dunia.

Matlamat Utama Penubuhan NAM
Ø  Menyelesaikan pertikaian dan pertelagahan antarabangsa secara aman.
Ø  Menghormati hak asasi manusia dan mengiktiraf kedaulatan wilayah semua Negara.

Tujuan Penubuhan Nam
·         Memupuk kerjasama yang erat di kalangan negara anggota.
·         Menjadi forum untuk negara anggota menyuarakan pendirian berhubung isu-isu semasa.
·         Mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi.
·         Memperjuangkan hak dan kepentingan Negara-negara sedang membangun.
·         Mengubah haluan perjuangan NAM daripada hal-hal politik kepada isu-isu ekonomi.
·         Meningkatkan muafakat dan kesepakatan di kalangan anggota NAM melalui rundingan.
·         Meninggikan keupayaan ekonomi dan daya saing NAM supaya pertubuhan ini dihormati.




Isu yang dibincangkan:

a) wanita, kemiskinan dan pembagunan ekonomi

b) wanita dalam kuasa dan membuat keputusan
c) wanita dan pendidikan
d) wanita dan kesihatan
e) wanita, media dan ICT
f) wanita dan konflik bersenjata (Palestin dan Syria)
g) keganasan terhadap wanita
h) wanita dan situasi bencana
i) kesaksamaan jantina di arus perdana.


Sidang Kemuncak Nam

• Persidangan Pertama – Belgrade, 1-6 September 1961
• Persidangan Kedua – Cairo, 5-10 Oktober 1964
• Persidangan ke–tiga – Lusaka, 8-10 September 1970
• Persidangan ke-empat – Algiers, 5-9 September 1973
• Persidangan ke-lima – Colombo, 16-19 Ogos 1976
• Persidangan ke-enam – Havana, 3-9 September 1979
• Persidangan ke-tujuh – New Delhi, 7-12 Mac 1983
• Persidangan ke-lapan – Harare, 1-6 September 1986
• Persidangan ke-sembilan – Belgrade, 4-7 September 1989
• Persidangan ke-sepuluh – Jakarta, 1-7 September 1992
• Persidangan ke-sebelas – Cartagena de Indias, 18-20 Oktober 1995
• Persidangan ke-dua belas – Durban, 29 Ogos – 3 September 1998
• Persidangan ke-tiga belas – Kuala Lumpur, 20-25 Februari 2003

Penglibatan Malaysia
  • o   Pada peringkat awl Malaysia tidak aktif kerana pro barat.
  • o   Dasar Malaysia menyokong tindakan Amerika Syarikat di Vietnam tidak disambut baik oleh NAM.
  • o   Malaysia mula menyokong NAM di bawah Tun Adul Razak yang amalkan dasar berkecuali.
  • o   Malaysia mula aktif dalam mesyuarat-mesyuarat NAM yang diadakan.
  • o   Malaysia menjadi tuan rumah persidangan NAM pada tahun 2003.




                                                                                         


Buku Malaysia Kita : m/s 513




Sunday 31 August 2014

Dasar Ekonomi Baru(DEB)

• Sebelum 1970, polisi pembangunan Malaysia disasarkan ke atas pasaran eksport.Walaupun ekonomi berkembang pesat pada purata tahunan 6.0 peratus, namun terdapat kekurangan penekanan dalam aspek pengagihan, menghasilkan ketidakseimbangan di antara kumpulan etnik.Ini seterusnya memberi kesan negatif sosial dalam bentuk rusuhan kaum pada tahun 1969.

Objektif utama Dasar Ekonomi Baru
§  Menghapuskan kemiskinan dalam kalangan rakyat tanpa mengira kaum
§  Menyusun semula masyarakat.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) ialah dasar ekonomi Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak untuk tempoh 20 tahun dari 1971 hingga 1990.Hal ini dilakukan dilakukan kerana terjadinya peristiwa 13 mei 1969. Masalah-masalah yang menyebabkan berlakunya Dasar Ekonomi Baru ialah:
·         Jurang sosioekonomi antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera
·         Jurang sosioekonomi antara desa dengan Bandar
·         Jurang sosioekonomi antara negeri pantai barat dengan negeri pantai timur
·         Jurang sosioekonomi antara negeri di Semenanjung Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak.

Tindakan dan perlaksanaan perlu dilakukan dengan segera bagi mengatasi masalah-masalah berikut:
·         Memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan mengurangkan serta membasmi kemiskinan dengan menambahjumlah pendapatan.
·         Mennyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi- fungsi ekonomi.




RASIONAL

Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin.Dari jumlah semua keluarga miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar.Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalah saperti berikut:
Kaum
Kadar Kemiskinan(%)
Pendapatan Purata Keluarga Sebulan(RM)
Melayu
64.8
172.00
Cina
26.0
394.00
India
39.2
304.00
Lain-Lain
44.8
813.00


Strategi Penyusunan Semula Masyarakat

-Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah disusun :

§  Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luarbandar.
§  Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum.
§  Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.
§  Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan per industrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan,Bank Bumiputera,Amanah Saham Nasional.
§  Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA,KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.





Kesimpulan


Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan Negara melalui prosespembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan Negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.





Sumber Rujukan

Buku Malaysia Kita: m/s 263-265
Buku Malaysia Kita: m/s 317








Lawatan Berpandu Ke Muzium Negara(amir azra)

Pada 26.8.2014,kami sekelas telah pergi lawatan sambil berlajar ke muzium negara untuk subjek pengajian malaysia.Kami semua berkumpul pada pukul 6.30 pagi dan diringi oleh En.Mohammad Kazar Bin Razali iaitu pensyarah kami untuk subjek pengajian malaysia.Dari politeknik sultan idris shah, Sabak Bernam ke Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 3 jam.Kami sampai dalam pukul 10.00 pagi di Muzium Negara dan kami terus masuk ke dalam muzium dan bertemu dengan jurupandu lawatan iaitu En.Badrul Hisyam Bin Abd Rahman dan Cik Fadhliatun Bt Azmi.Mereka akan membawa kami mengelilingi muzium dan akan memberikan penerangan tentang ape yang terdapat di muzium.


Di muzium negara,kami telah dibawa ke 4 galeri.Galeri pertama iaitu galeri A(sejarah awal) telah menerangkan kami tentang evolusi pembentukan muka bumi dan asal usul masyarakat awal di malaysia.Selepas itu,galeri  B ialah kerajaan-kerajaan melayu.Antara kerajaan awal melayu ialah melaka,majapahit,kedah tua,champa dan lain-lain.Banyak mempamerkan bukti-bukti perkembangan tamadun melayu.Kemudian,galeri C ialah era kolonial.Di sini banyak menceritakan tentang bagaimana tanah melayu dijajah oleh kuasa barat dan timur. Kekayaan tanah melayu juga telah menarik perhatian penjajah timur iaitu Jepun. Kemudian,akhir sekali kami telah dibawa ke galeri D iaitu Malaysia kini.Di sini banyak menerangkan tentang sejarah-sejarah penubuhan Malaysia.Selain itu menerangkan juga tentang bagaimana Tanah Melayu boleh bergabung dengan Sabah dan Sarawak.


Kemudian,selepas selesai melawat keempat-empat galeri itu kami dibenarkan untuk rehat. Sebelum kami pergi ke kafeteria,kami sempat bergambar dan memberikan cenderamata kepada jurupandu lawatan kami.Selepas kami makan tengahari,kami diberikan masa 30 minit untuk mencari maklumat-maklumat yang lain supaya lawatan kami ini lebih bermanfaat.
Bergambar bersama jurupandu lawatan dan En.Kazar









Antara barangan yang terdapat di dalam muzium



model lancang kuning

tembikar
ketika membuat perjanjian

keris-keris

pedang-pedang

congkak zaman dulu

Tengkolok di raja

bukti orang zaman dulu








Gambar-gambar kami semasa lawatan














Saturday 9 August 2014

Orang Asli

ORANG ASLI





PENGENALAN
Nama "Orang Asli" ​​bermaksud "orang asal" atau "orang pertama". Mereka semua tinggal di Semenanjung Malaysia. Pada masa kini terdapat kira-kira 60,000 orang Orang Asli, di mana 60% masih hidup di dalam hutan hujan. Kira-kira 40% Orang Asli hidup di sepanjang atau berhampiran pantai. Setiap satu mempunyai bahasanya sendiri dan budaya, dan menganggap dirinya sebagai berbeza daripada yang lain. Dari segi bahasa, beberapa utara kumpulan Orang Asli bercakap bahasa, yang mencadangkan pautan sejarah dengan orang asal di Burma, Thailand dan Indo-China. Mereka dikelaskan kepada tiga kumpulan:
- Senoi
- Negrito
- Orang Melayu Asli

SENOI

-Banyak Senoi tinggal di Cameron Highlands. Mereka hanya kelihatan seperti rakyat Malaysia yang sebenar, walaupun orang-orang yang gelap kelihatan seperti ini Negrito. Pada asalnya mereka mesti datang dari bukit-bukit di Vietnam, Kemboja atau Northern Thailand, kira-kira 6000 - 8000 tahun yang lalu. Di kawasan tanah tinggi yang Senoi hidup sebagai gaji-golongan, yang bekerja di ladang-ladang teh tanah tinggi. Lain-lain anda boleh lihat di jalan-jalan di Kuala Lumpur seluar jeans dan T-shirt. Mereka telah memperoleh pekerjaan sebagaimana yang diubah sebagai kakitangan kerajaan dan pemandu teksi. Apabila anda telah meninggalkan lebuh raya anda akan melihat tanda dengan "Orang Asli" ​​kampung di atasnya.

NEGRITO

-Secara langsung yang Negrito di Utara dan Timur Laut Semenanjung dan kebanyakannya mereka tinggal di dalam hutan. Mereka adalah puak separa nomad daripada Orang Asli.Mereka juga berkulit gelap dan berambut kerinting.Segelintir daripada mereka juga tinggal di kawasan bandar dan terlibat dalam kedua-dua pekerjaan bergaji dan diperjuangkan.Ia menyangka bahawa yang tiba Negrito di Malaya 8,000 tahun yang lalu. Nenek moyang mereka juga pemburu dan pengumpul yang tinggal di gua-gua dan tempat perlindungan batu. Mereka tahu menggunakan api dan masak makanan mereka dengan bantuan alat mentah yang dibuat daripada batu. Mereka memburu untuk makanan dan mengumpulkan buah-buahan dan hasil hutan untuk kegunaan perubatan.


ORANG MELAYU ASLI (PROTO-MALAY)

-Pada kira-kira 1000 T.M, Orang Melayu Asli yang pertama dipercayai menetap di semenanjung Tanah Melayu.Mereka juga merupakan kumpulan Orang Asli di Malaysia. Mereka biasanya ditemui di bahagian selatan Semenanjung Melayu. Menurut ahli-ahli antropologi, nenek moyang Melayu Proto berhijrah ke selatan dari Yunnan semasa zaman batu. Di Semenanjung Malaysia, orang Melayu Proto termasuk kumpulan kecil seperti Jakun, Orang Kanaq, Orang Kuala, Orang Seletar, Semelai dan Temuan.


BUDAYA  MASYARAKAT ORANG ASLI




-Budaya ialah lambang identiti sesebuah masyarakat. Sama juga dengan masyarakat orang Asli terdapat banyak budaya yang di miliki oleh mereka.Budaya masyarakat Orang Asli sememangnya unik kerana ia mempunyai kepelbagaian budaya tradisi yang di amalkan sehingga kini.Antaranya ialah penduduk kampung Denai kuala Rompin Pahang masih lagi mengamalkan aninisme iaitu kepercayaan terhadap makluk-makluk halus melalui upacara jampi setiap tahun (Sambutan Tahun Baru) oleh penduduk kampung. Melalui acara tersebut semangat kekauman dapat ditonjolkan. Mereka bersatu padu dan berkerjasama dengan utuh antara satu sama lain untuk menjayakan pemahaman mereka sehingga upacara itu selesai.Kemudian, semasa perayaan tersebut di adakan sesiapa yang datang akan dilayan sama rata tidak mengira kaum mahupun agama. Hal ini menggambarkan bahawa masyarakat Orang asli adalah masyarakat yang sentiasa menjaga kebajikan orang lain. Tetapi masyarakat ini boleh berubah jika hati dan perasaan mereka tidak di hargai.




Bahan Rujukan