Sunday 31 August 2014

Lawatan Berpandu Ke Muzium Negara(amir azra)

Pada 26.8.2014,kami sekelas telah pergi lawatan sambil berlajar ke muzium negara untuk subjek pengajian malaysia.Kami semua berkumpul pada pukul 6.30 pagi dan diringi oleh En.Mohammad Kazar Bin Razali iaitu pensyarah kami untuk subjek pengajian malaysia.Dari politeknik sultan idris shah, Sabak Bernam ke Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 3 jam.Kami sampai dalam pukul 10.00 pagi di Muzium Negara dan kami terus masuk ke dalam muzium dan bertemu dengan jurupandu lawatan iaitu En.Badrul Hisyam Bin Abd Rahman dan Cik Fadhliatun Bt Azmi.Mereka akan membawa kami mengelilingi muzium dan akan memberikan penerangan tentang ape yang terdapat di muzium.


Di muzium negara,kami telah dibawa ke 4 galeri.Galeri pertama iaitu galeri A(sejarah awal) telah menerangkan kami tentang evolusi pembentukan muka bumi dan asal usul masyarakat awal di malaysia.Selepas itu,galeri  B ialah kerajaan-kerajaan melayu.Antara kerajaan awal melayu ialah melaka,majapahit,kedah tua,champa dan lain-lain.Banyak mempamerkan bukti-bukti perkembangan tamadun melayu.Kemudian,galeri C ialah era kolonial.Di sini banyak menceritakan tentang bagaimana tanah melayu dijajah oleh kuasa barat dan timur. Kekayaan tanah melayu juga telah menarik perhatian penjajah timur iaitu Jepun. Kemudian,akhir sekali kami telah dibawa ke galeri D iaitu Malaysia kini.Di sini banyak menerangkan tentang sejarah-sejarah penubuhan Malaysia.Selain itu menerangkan juga tentang bagaimana Tanah Melayu boleh bergabung dengan Sabah dan Sarawak.


Kemudian,selepas selesai melawat keempat-empat galeri itu kami dibenarkan untuk rehat. Sebelum kami pergi ke kafeteria,kami sempat bergambar dan memberikan cenderamata kepada jurupandu lawatan kami.Selepas kami makan tengahari,kami diberikan masa 30 minit untuk mencari maklumat-maklumat yang lain supaya lawatan kami ini lebih bermanfaat.
Bergambar bersama jurupandu lawatan dan En.Kazar









Antara barangan yang terdapat di dalam muzium



model lancang kuning

tembikar
ketika membuat perjanjian

keris-keris

pedang-pedang

congkak zaman dulu

Tengkolok di raja

bukti orang zaman dulu








Gambar-gambar kami semasa lawatan














2 comments:

  1. byk laporan dari gambar

    ReplyDelete
  2. Casinomeister Forum - DrMCD
    So i tried to play a casino and my winnings were only $20. i am unable 김포 출장안마 to log 파주 출장샵 in to this site, I 군포 출장마사지 only logged into my casino 영주 출장안마 and made a 전라북도 출장샵

    ReplyDelete