Saturday 19 July 2014

AGAMA & PERSEKUTUAN


AGAMA & PERSEKUTUAN


·       Pertapakan agama Islam di Tanah Melayu bermula sejak awal abad ke-13 lagi. Hal ini dibuktikan dengan penemuan Batu Bersurat di Terengganu  yang bertarikh 1292 Masihi. Agama Islam  berkembang maju pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Walaupun Tanah Melayu dijajah, agama Islam tetap berlangsung. Perkara 3(1) Perlembagaan persekutuan Malaysia memperuntukkan agaam Islam sebagai agama bagi persekutuan. Semua individu diberi kebebasan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk mengamalkan agama sendiri tanpa berlaku sebarang masalah atau konflik. Individu yang ingin mengamalkan agama sendiri boleh mengamalkan agama mereka di mana-mana sahaja.


Batu bersurat di Terengganu




·     Raja atau sultan bertindak sebagai Ketua Agama Islam di negerinya. YDPA juga berperanan sebagai Ketua Agama Islam di negerinya sahaja.

Yang Di Pertuan Agong (YDPA)
Tuanku Abdul Halim 

·        Majlis Raja-raja bertindak sebagai ketua agama islam di negeri masing-masing. Di setiap negeri mereka bertindak secara bersama atau persetujuan ramai dalam hal-hal mengenai agama islam Majlis Raja-raja bersama-sama bersetuju dengan YDPA bertindak mewakili Raja-raja. Kedudukan ini diperuntukkan dalam perkara 3(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

·    Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam telah di tubuhkan pada 17 oktober 1968. Anggotanya terdiri daripada seorang pengerusi dan seorang wakil dari setiap negeri yang dilantik oleh raja negeri masing- masing.bagi negeri Pulau Pinang dan Melaka mereka dilantik oleh YDPA dan negeri Sabah oleh Yang di Pertua Negeri Sabah serta Sarawak oleh Yang Di Pertua Negeri Sarawak. YDPA melantik lima orang ahli dengan persetujuan oleh Majlis Raja- Raja.

Antara tugas Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam ialah:

  • Menasihati perkara yang di ajukan oleh Majlis Raja- Raja. 
  • Menasihati perkara – perkara yang berkaitan dengan hukum syarak. 
  • Pendidikan islam dan agama islam untuk memperbaik dan mengadakan penyeragaman hukum syarak dan pentadbiran islam.
  • Majlis Agama Islam berperanan menasihati raja mengenai hal ehwal agama islam di setiap negeri. Penubuhan ini berdasarkan undang- undang negeri. 

Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan menunjukkan bahawa agama Islam telah diberi keistimewaan dalam perlembagaan berbanding agama-agama lain di Negara ini. Kedudukan istimewa Islam ini juga telah mengambil kira elemen-elemen tradisional penduduk asal Tanah Melayu iaitu orang-orang Melayu ratusan tahun sebelumnya yang terus menerus dipertahankan. Contohnya, agama Islam telah menjadi anutan sejak ratusan tahun bagi orang-orang Melayu. Kerajaan Melayu Melaka yang bertapak kukuh selama lebih kurang 100 tahun pada kurun ke-15 telah pun memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali Hukum Kanun Melaka.Walaupun undang-undang tersebut dikatakan mengandungi unsur-unsur adat, namun sebahagian besar kandungannya merupakan undang-undang Islam sebenar meliputi perkara-perkara sivil dan jenayah.


Perkara 3(1): Agama bagi Persekutuan.

1. Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan           aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

2. Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan,amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

3. Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.

4. Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.


5. Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.











Sumber rujukan:



  • http://img27.fansshare.com/pic127/w/abdul-halim/1200/25438_tuanku_abdul_halim_of_kedah_as_th_ydp_agong_malaysia.jpg
  • Buku Pengajian Malaysia (m/s 264 & 265)
  • https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdZNcmgSiAoXI361veSfcuoMoP2viHBtW-Eg76XSc5JNYdS_XxXmfGc6qFwhJ0KWkpdXEUnbE4SXKWAnBLJJHLEan6YeLfx-GJHWWIHFxmuzdVvc4mK7GN9XN0bCis-BHAmhb0pYyVUwZg/s320/Image2.jpg


















Friday 11 July 2014

Kumpulan Tun Dr.Mahathir

PARLIMEN DAN DUN


Parlimen


Parlimen merupakan majlis pembuat undang undang (legislatif) yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara. Parlimen juga boleh merujuk kepada tempat atau bangunan yang menjadi tempat kepada penggubal undang undang bersidang. Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada. Selain itu parlimen turut berperanan memeriksa dasar kerajaan ,meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru. Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus serta pendapat bagi orang awam mengenai perkara-perkara nasional.

Perlembagaan memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang dipanggil “keistimewaan Ahli-ahli Parlimen “di dalam dewan bagi membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih efektif dan berkesan. Keistimewaan ini terpakai bagi kedua-dua dewan secara keseluruhannya dan untuk ahli-ahli Parlimen secara individualistik. Kedua Dewan tersebut memiliki kuasa dan hak untuk menggubal prosedur masing-masing. Kedua Dewan tersebut juga mempunyai kuasa mutlak berlandaskan prosiding masing-masing dan kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah dan Dewan boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak dan keistimewaan atau ‘contempt’ di dalam Dewan tersebut.

Ahli Parlimen terkecuali dari tindakan mahkamah sama ada dari segi sivil atau jenayah bagi apa yang dikatakannya mahupun apa yang dilakukannya di dalam Dewan. Bagi sesiapa yang bertindak bagi Dewan itu akan mendapat pengecualian yang sama seperti mana Ahli Parlimen terkecuali dari tindakan mahkamah.



Dewan Undangan Negeri(DUN)
Dewan Undangan Negeri Selangor 

Dewan Undangan Negeri di malaysia terdiri daripada Sultan atau Yang DiPertua Negeri sebagai ketua negeri,seorang speaker,dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN). Ahli Dewan Udangan Dewan Negeri(ADUN) ini terdiri daripada orang yg dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Sultan atau Yang DiPertua Negeri akan mengadakan persidangan dari semasa ke semasa dan akan mengetuai persidangan tersebut.Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) akan dikekal kn selama 5 tahun sekiranya tidak dibubarkn dalam jangka mase tersebut.Sultan atau Yang DiPertua Negeri boleh membubarkn Dewan Undangan Negeri.Setelah dibubarkn,pemilihan raya umum mesti diadakan dalam mase 60 hari dripada tarikh dibubarkan.



Peranan Dewan Undangan Negeri

  • Untuk mengubal perundangan dan dasar negeri. Dewan Undangan Negeri juga mempunyai kuasa untuk mengubal undang-undang yg disenaraikan dalam senarai negeri dan senarai bersama.
  • Memantau institusi pemerintah iaitu jabatan dan agensi kerajaan negeri.
  • Pengantara dalam penyampaian suara rakyat kepada kerajaan.


Sumber Rujukan

http://notaanda.blogspot.com/
https://www.google.com.my
https://www.parlimen.gov.my 
http://www.penerangan.gov.my/pahang/index.php/bm/maklumat/nama-pembesar/ahli-dewan-undangan
http://dun.penang.gov.my/index.php/profil/peranan-a-fungsi



Terima kasih :)