Friday 11 July 2014

Kumpulan Tun Dr.Mahathir

PARLIMEN DAN DUN


Parlimen


Parlimen merupakan majlis pembuat undang undang (legislatif) yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara. Parlimen juga boleh merujuk kepada tempat atau bangunan yang menjadi tempat kepada penggubal undang undang bersidang. Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada. Selain itu parlimen turut berperanan memeriksa dasar kerajaan ,meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru. Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus serta pendapat bagi orang awam mengenai perkara-perkara nasional.

Perlembagaan memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang dipanggil “keistimewaan Ahli-ahli Parlimen “di dalam dewan bagi membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih efektif dan berkesan. Keistimewaan ini terpakai bagi kedua-dua dewan secara keseluruhannya dan untuk ahli-ahli Parlimen secara individualistik. Kedua Dewan tersebut memiliki kuasa dan hak untuk menggubal prosedur masing-masing. Kedua Dewan tersebut juga mempunyai kuasa mutlak berlandaskan prosiding masing-masing dan kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah dan Dewan boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak dan keistimewaan atau ‘contempt’ di dalam Dewan tersebut.

Ahli Parlimen terkecuali dari tindakan mahkamah sama ada dari segi sivil atau jenayah bagi apa yang dikatakannya mahupun apa yang dilakukannya di dalam Dewan. Bagi sesiapa yang bertindak bagi Dewan itu akan mendapat pengecualian yang sama seperti mana Ahli Parlimen terkecuali dari tindakan mahkamah.



Dewan Undangan Negeri(DUN)
Dewan Undangan Negeri Selangor 

Dewan Undangan Negeri di malaysia terdiri daripada Sultan atau Yang DiPertua Negeri sebagai ketua negeri,seorang speaker,dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN). Ahli Dewan Udangan Dewan Negeri(ADUN) ini terdiri daripada orang yg dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Sultan atau Yang DiPertua Negeri akan mengadakan persidangan dari semasa ke semasa dan akan mengetuai persidangan tersebut.Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) akan dikekal kn selama 5 tahun sekiranya tidak dibubarkn dalam jangka mase tersebut.Sultan atau Yang DiPertua Negeri boleh membubarkn Dewan Undangan Negeri.Setelah dibubarkn,pemilihan raya umum mesti diadakan dalam mase 60 hari dripada tarikh dibubarkan.



Peranan Dewan Undangan Negeri

  • Untuk mengubal perundangan dan dasar negeri. Dewan Undangan Negeri juga mempunyai kuasa untuk mengubal undang-undang yg disenaraikan dalam senarai negeri dan senarai bersama.
  • Memantau institusi pemerintah iaitu jabatan dan agensi kerajaan negeri.
  • Pengantara dalam penyampaian suara rakyat kepada kerajaan.


Sumber Rujukan

http://notaanda.blogspot.com/
https://www.google.com.my
https://www.parlimen.gov.my 
http://www.penerangan.gov.my/pahang/index.php/bm/maklumat/nama-pembesar/ahli-dewan-undangan
http://dun.penang.gov.my/index.php/profil/peranan-a-fungsi



Terima kasih :)

24 comments:

  1. Info yang sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  2. informasi yg sgt berguna! bagusssssssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Jika tidak faham and a boleh mengemukakan soalan di ruang comment ini :)

      Delete
  3. mudah difahami, ringkas dan padat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana menjadikan info kami sebagai sumber rujukan anda. Jika ada apa2 yang tidal faham sila ajukan pertanyaan diruang comment ini.

      Delete
  4. isi2 yg menarik...bgos..i like..hahaha:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana merujuk info kami :)

      Delete
  5. isi parlimen tu agak panjang.. tapi dapat difahami faham la.. keseluruhan maklumat pun dapat difahami.. isi pun banyak.. tahniah untuk group ni. good job..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana membaca maklumat yang kami telah sediakan.

      Delete
  6. Pengisian yg padat , syabas anal muda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Jika ada sebarang pertanyaan sila ajukan pada ruang comment ini :)

      Delete
  7. sumber rujukan yang begitu banyak. so senang nak rujuk. btw, thank you for the info. keep it up. tahniah !

    ReplyDelete
  8. isi yang padat tetapi mudah difahami. tersusun dan kemas. syabas !

    ReplyDelete
  9. Info yang sangat menarik dan saya dapat mngetahui fungsi parlimen dan dun. Well done !

    ReplyDelete
  10. ringkas dan mudah difahami! Nice job!

    ReplyDelete
  11. pengisian yang bagus, saya tertarik! :)

    ReplyDelete
  12. Isi padat dan gambar yang menarik sangat menepati kriteria. Teruskan usaha anda! :)

    ReplyDelete
  13. info yang ringkas dan menarik

    ReplyDelete
  14. Info yang ringkas, padat serta gambar yang menarik. :) Tahniah!

    ReplyDelete
  15. simple , tapi mempunyai maklumat yang berguna :)

    ReplyDelete
  16. input yg sangat bernas .goodluck :)

    ReplyDelete
  17. -maklumat kurang .
    -gambar salah dengan kenyataaan
    -

    ReplyDelete
  18. Info yang menarik; ) saya sukaaa.

    ReplyDelete