Saturday 13 September 2014

NAM

Pergerakan Negara-negara Berkecuali atau NAM(Non-Aligned Movement) ialah sebuah organisasi antarabangsa yang disertai lebih 114 negara yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana mana blok kuasa. NAM telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1955,hasil daripada revolusi Persidangan Afro-Asia di Bandung,Indonesia.NAM diwujudkan akibat pertingkaian dan permusuhan antara Amerika Syarikat dan Rusia selepas Perang Dunia Kedua.Disebabkan pertingkaian ini wujudnya dua blok Negara-negara di dunia iaitu Blok Barat dan Blok Komunis.Keputusan Malaysia untuk menyertai NAM adalah disebabkan oleh pencerobohan Indonesia ke dalam wilayah Malaysia menerusi tindakan konfrontasi terhadap Malaysia.Kemasukkan Malaysia ke dalam NAM mengukuhkan lagi dasar berkecuali iaitu tidak memihak kepada mana-mana pihak Kuassa Besar di dunia.

Matlamat Utama Penubuhan NAM
Ø  Menyelesaikan pertikaian dan pertelagahan antarabangsa secara aman.
Ø  Menghormati hak asasi manusia dan mengiktiraf kedaulatan wilayah semua Negara.

Tujuan Penubuhan Nam
·         Memupuk kerjasama yang erat di kalangan negara anggota.
·         Menjadi forum untuk negara anggota menyuarakan pendirian berhubung isu-isu semasa.
·         Mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi.
·         Memperjuangkan hak dan kepentingan Negara-negara sedang membangun.
·         Mengubah haluan perjuangan NAM daripada hal-hal politik kepada isu-isu ekonomi.
·         Meningkatkan muafakat dan kesepakatan di kalangan anggota NAM melalui rundingan.
·         Meninggikan keupayaan ekonomi dan daya saing NAM supaya pertubuhan ini dihormati.




Isu yang dibincangkan:

a) wanita, kemiskinan dan pembagunan ekonomi

b) wanita dalam kuasa dan membuat keputusan
c) wanita dan pendidikan
d) wanita dan kesihatan
e) wanita, media dan ICT
f) wanita dan konflik bersenjata (Palestin dan Syria)
g) keganasan terhadap wanita
h) wanita dan situasi bencana
i) kesaksamaan jantina di arus perdana.


Sidang Kemuncak Nam

• Persidangan Pertama – Belgrade, 1-6 September 1961
• Persidangan Kedua – Cairo, 5-10 Oktober 1964
• Persidangan ke–tiga – Lusaka, 8-10 September 1970
• Persidangan ke-empat – Algiers, 5-9 September 1973
• Persidangan ke-lima – Colombo, 16-19 Ogos 1976
• Persidangan ke-enam – Havana, 3-9 September 1979
• Persidangan ke-tujuh – New Delhi, 7-12 Mac 1983
• Persidangan ke-lapan – Harare, 1-6 September 1986
• Persidangan ke-sembilan – Belgrade, 4-7 September 1989
• Persidangan ke-sepuluh – Jakarta, 1-7 September 1992
• Persidangan ke-sebelas – Cartagena de Indias, 18-20 Oktober 1995
• Persidangan ke-dua belas – Durban, 29 Ogos – 3 September 1998
• Persidangan ke-tiga belas – Kuala Lumpur, 20-25 Februari 2003

Penglibatan Malaysia
  • o   Pada peringkat awl Malaysia tidak aktif kerana pro barat.
  • o   Dasar Malaysia menyokong tindakan Amerika Syarikat di Vietnam tidak disambut baik oleh NAM.
  • o   Malaysia mula menyokong NAM di bawah Tun Adul Razak yang amalkan dasar berkecuali.
  • o   Malaysia mula aktif dalam mesyuarat-mesyuarat NAM yang diadakan.
  • o   Malaysia menjadi tuan rumah persidangan NAM pada tahun 2003.




                                                                                         


Buku Malaysia Kita : m/s 513




1 comment: