Sunday, 31 August 2014

Dasar Ekonomi Baru(DEB)

• Sebelum 1970, polisi pembangunan Malaysia disasarkan ke atas pasaran eksport.Walaupun ekonomi berkembang pesat pada purata tahunan 6.0 peratus, namun terdapat kekurangan penekanan dalam aspek pengagihan, menghasilkan ketidakseimbangan di antara kumpulan etnik.Ini seterusnya memberi kesan negatif sosial dalam bentuk rusuhan kaum pada tahun 1969.

Objektif utama Dasar Ekonomi Baru
§  Menghapuskan kemiskinan dalam kalangan rakyat tanpa mengira kaum
§  Menyusun semula masyarakat.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) ialah dasar ekonomi Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak untuk tempoh 20 tahun dari 1971 hingga 1990.Hal ini dilakukan dilakukan kerana terjadinya peristiwa 13 mei 1969. Masalah-masalah yang menyebabkan berlakunya Dasar Ekonomi Baru ialah:
·         Jurang sosioekonomi antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera
·         Jurang sosioekonomi antara desa dengan Bandar
·         Jurang sosioekonomi antara negeri pantai barat dengan negeri pantai timur
·         Jurang sosioekonomi antara negeri di Semenanjung Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak.

Tindakan dan perlaksanaan perlu dilakukan dengan segera bagi mengatasi masalah-masalah berikut:
·         Memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan mengurangkan serta membasmi kemiskinan dengan menambahjumlah pendapatan.
·         Mennyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi- fungsi ekonomi.




RASIONAL

Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin.Dari jumlah semua keluarga miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar.Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalah saperti berikut:
Kaum
Kadar Kemiskinan(%)
Pendapatan Purata Keluarga Sebulan(RM)
Melayu
64.8
172.00
Cina
26.0
394.00
India
39.2
304.00
Lain-Lain
44.8
813.00


Strategi Penyusunan Semula Masyarakat

-Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah disusun :

§  Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luarbandar.
§  Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum.
§  Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.
§  Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan per industrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan,Bank Bumiputera,Amanah Saham Nasional.
§  Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA,KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.





Kesimpulan


Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan Negara melalui prosespembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan Negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.





Sumber Rujukan

Buku Malaysia Kita: m/s 263-265
Buku Malaysia Kita: m/s 317








1 comment: