• Sebelum 1970,
polisi pembangunan Malaysia disasarkan ke atas pasaran eksport.Walaupun ekonomi
berkembang pesat pada purata tahunan 6.0 peratus, namun terdapat kekurangan
penekanan dalam aspek pengagihan, menghasilkan ketidakseimbangan di antara
kumpulan etnik.Ini seterusnya memberi kesan negatif sosial dalam bentuk rusuhan
kaum pada tahun 1969.
Objektif utama Dasar Ekonomi Baru
§ Menghapuskan
kemiskinan dalam kalangan rakyat tanpa
mengira kaum
§ Menyusun
semula masyarakat.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) ialah dasar ekonomi Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak untuk tempoh 20 tahun dari 1971 hingga 1990.Hal ini dilakukan dilakukan kerana terjadinya
peristiwa 13 mei 1969. Masalah-masalah yang menyebabkan berlakunya
Dasar Ekonomi Baru ialah:
·
Jurang sosioekonomi antara Bumiputera dengan bukan
Bumiputera
·
Jurang sosioekonomi antara desa dengan Bandar
·
Jurang sosioekonomi antara negeri pantai barat
dengan negeri pantai timur
·
Jurang sosioekonomi antara negeri di Semenanjung
Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak.
Tindakan dan perlaksanaan
perlu dilakukan dengan segera bagi mengatasi masalah-masalah berikut:
·
Memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua
rakyat tanpa mengira kaum dan mengurangkan serta membasmi kemiskinan dengan
menambahjumlah pendapatan.
·
Mennyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi- fungsi ekonomi.
RASIONAL
Dari
banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung
Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin.Dari jumlah semua keluarga
miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar.Kadar
kemiskinan mengikut kaum pula adalah saperti berikut:
Kaum
|
Kadar Kemiskinan(%)
|
Pendapatan Purata Keluarga Sebulan(RM)
|
Melayu
|
64.8
|
172.00
|
Cina
|
26.0
|
394.00
|
India
|
39.2
|
304.00
|
Lain-Lain
|
44.8
|
813.00
|
Strategi Penyusunan Semula Masyarakat
-Dalam
mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah
disusun :
§ Meninggikan
daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan
kawasan luarbandar.
§ Mengurangkan
keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang
ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya
supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum.
§ Menambahkan
dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam
stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.
§ Membentuk
sebuah masyarakat perdagangan dan per industrian di kalangan orang Melayu dan
kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun
1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan,Bank
Bumiputera,Amanah Saham Nasional.
§ Memajukan
negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru
seperti DARA,KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.
Kesimpulan
Dasar
Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan Negara melalui prosespembasmian
kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan Negara
yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang
diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan
diatas. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan
kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat
dari sektor swasta.
Sumber Rujukan
Buku Malaysia Kita: m/s 317