Agama Hindu, sebuah Agama yang tertua di dunia. Hindu sebenarnya bukan sebuah agama malah sebuah tradisi yang di kembangkan hampir 10,000 tahun oleh masyarakat India. Perkataan Hindu berasal daripada perkataan Sindhu, Ia itu nama tempat tamadun Kaum India bermula, penduduknya digelar sindhu dan lama kelaman ia berubah menjadi Hindu. Hinduisme (bahasa Sanskrit: Dharma Sanātana (abadi), juga dikenali sebagai Dharma Vaidika (Veda)) ialah satu agama atau falsafah yang berasal dari benua India dan kawasan sekeliling yang berhampiran. Agama ini adalah agama tertua yang diketahui di dunia, dan tidak dapat mengenal pasti pengasas-pengasasnya, atau dimana wujudnya agama tersebut atau bandar suci yang utama masih lagi menjadi tanda soal. Kitab pertama agama ini ialah Veda dan dengan berlangsung masa, banyak kitab yang lain juga termuncul.
Istilah Hinduisme merangkumi berbagai-bagai aliran fikiran dan taifah, serta upacara-upacara amal yang amat berbeza. Banyak penganut Hindu yang dipengaruhi oleh falsafah Advaita bersembahyang kepada berbagai-bagai dewa, dan menganggap dewa-dewi ini sebagai penjelmaan-penjelmaan untuk satu Roh Kosmo monistik yang agung (Brahman), sedangkan banyak penganut yang lain menumpukan kepada satu konsep mufrad untuk Brahman (Tuhan), umpamanya Vaishnavisme, Saivisme dan Syaktisme.
Hinduisme ialah agama yang ketiga terbesar di dunia, dengan lebih kurang 900 juta penganut (angka 2005). Kira-kira 890 juta daripada bilangan itu tinggal di India.
Ajaran dan kepercayaan Asas Agama Hindu:
- Tuhan hanya satu.
- Asas ( Nyawa) yang ada dalam semua kehidupan termasuk binatang adalah sama.
- Tuhan yang menentukan semua yang berlaku di sekitar kita.
- Tuhan memerintah dan mengoperasi alam ini melalui dewa-dewi yang ditugaskan.
- Tiga dewa diberi keutamaan dalam Agama Hindu ( Bramma – Pencipta ) (Vishnu- Penjaga ) (Siva – Penghapus )
- Manusia yang buat kebaikan akan masuk syurga, manusia yang buat kejahatan akan masuk neraka.
- Manusia akan hidup berulang kali sehingga semua karmanya selesai.
- Kehidupan yang hidup di dunia ini bermula dari satu akal sehingga enam akal.
- Kitab suci agama hindu ada empat yang digelar Veda ( Rig, Atharva, Sama dan Yahjur ).
- Orang yang hidup mengikut Veda digelar Vedandi.
- Setiap kehidupan sama ada manusia atau binatang, mempunyai hak untuk hidup di dunia ini.
Dalam Agama Hindu ada lima keyakinan dan kepercayaan yang disebut dengan Pancasradha. Pancasradha merupakan keyakinan dasar umat Hindu. Kelima keyakinan tersebut, yakni:
- Widhi Tattwa - percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa dan segala aspeknya
- Atma Tattwa - percaya dengan adanya jiwa dalam setiap makhluk
- Karmaphala Tattwa - percaya dengan adanya hukum sebab-akibat dalam setiap perbuatan
- Punarbhava Tattwa - percaya dengan adanya proses kelahiran kembali (reinkarnasi)
- Moksa Tattwa - percaya bahwa kebahagiaan tertinggi merupakan tujuan akhir manusia
Orang Hindu mempunyai tiga kepercayaan utama, iaitu:
- Shaivisme: Pemujaan Shiva, dewa paling hebat, iaitu Pemusnah dan Pencipta Semula. Shiva juga dikenali sebagai Mahadev atau Maha Dewa. Kuasa ciptaannya dirayakan dengan penyembahan lingam, satu objek pujaan berbentuk huruf r yang lazim terdapat di kuil-kuil dan juga rumah-rumah orang beragama Hindu.
- Vaishnavisme: Pemujaan dewa Vishnu merupaka amalan paling popular di kalangan orang Hindu sebab Dewa ini sering mengambil bentukmanusia dari masa kesemasa untuk membantu manusia. Dewa ini telah melalui sembilan kehidupan semula (avataras) dan ia diramalkan akan kembali hidup semula dalam bentuk lain. Daripada sembilan kelahiran ini, dua kelahiran yang paling utama adalah ketika Dewa ini mengambil bentuk manusia sebagai Ramadan Krishna.
- Shaktisme: Pemujaan tenaga aktif wanita yang termasuk kuasa pemusnah Kali dan yang lebih lembut, iaitu Dewa Parvati dan Uma.
Tuhan-tuhan bagi penganut Hindu |
Kewajipan dalam Agama Ini:
- Wanita dan Lelaki harus menutup aurat.
- Orang muda wajib menghormati orang tua.
- Menderma makanan diutamakan.
- Wajib sembahyang dan beribadah kepada Tuhan.
Larangan dalam Agama Ini:
- Dilarang makan daging atau bahan dari badan binatang.
- Dilarang membunuh termasuk binatang.
- Dilarang minum arak dan bahan yang memabukkan.
- Dilarang merogol / Cabut Kehormatan wanita.
- Dilarang mencuri dan merompak.
- Dilarang membuat sesuatu perkara yang boleh merosakkan kehidupan manusia atau makhluk lain.
- Dilarang memotong pokok.
Antara kuil-kuil di Malaysia: |
Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur |
Kuil Batu Caves, Selangor |
Kuil Sri Anggalaman, Kuala Selangor |
Sumber rujukan:
http://rahsiaalam.com/2011/05/dasar-ajaran-agama-hindu/
http://faisal-wibowo.blogspot.com/2013/01/sejarah-agama-hindu.html
http://bali.panduanwisata.com/files/2012/01/arti-dan-lambang-hindu3.png
http://thatsofarah.com/wp-content/uploads/2012/03/TS1.jpg
http://agamahindu9.wordpress.com/tag/nama-tuhan-agama-hindu/
Buku Pengajian Malaysia: (m/s 519 & 520)