AGAMA & PERSEKUTUAN
· Pertapakan
agama Islam di Tanah Melayu bermula sejak awal abad ke-13 lagi. Hal ini
dibuktikan dengan penemuan Batu Bersurat di Terengganu yang bertarikh 1292 Masihi. Agama Islam berkembang maju pada zaman pemerintahan
Kesultanan Melayu Melaka. Walaupun Tanah Melayu dijajah, agama Islam tetap
berlangsung. Perkara 3(1) Perlembagaan persekutuan Malaysia memperuntukkan
agaam Islam sebagai agama bagi persekutuan. Semua individu diberi kebebasan
oleh Perlembagaan Persekutuan untuk mengamalkan agama sendiri tanpa berlaku
sebarang masalah atau konflik. Individu yang ingin mengamalkan agama sendiri
boleh mengamalkan agama mereka di mana-mana sahaja.
Batu bersurat di Terengganu
· Raja
atau sultan bertindak sebagai Ketua Agama Islam di negerinya. YDPA juga
berperanan sebagai Ketua Agama Islam di negerinya sahaja.
·
Majlis
Raja-raja bertindak sebagai ketua agama islam di negeri masing-masing. Di setiap
negeri mereka bertindak secara bersama atau persetujuan ramai dalam hal-hal
mengenai agama islam Majlis Raja-raja bersama-sama bersetuju dengan YDPA
bertindak mewakili Raja-raja. Kedudukan ini diperuntukkan dalam perkara 3(2)
Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
· Majlis
Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam telah di tubuhkan pada 17 oktober 1968.
Anggotanya terdiri daripada seorang pengerusi dan seorang wakil dari setiap
negeri yang dilantik oleh raja negeri masing- masing.bagi negeri Pulau Pinang
dan Melaka mereka dilantik oleh YDPA dan negeri Sabah oleh Yang di Pertua
Negeri Sabah serta Sarawak oleh Yang Di Pertua Negeri Sarawak. YDPA melantik
lima orang ahli dengan persetujuan oleh Majlis Raja- Raja.
- Menasihati perkara yang di ajukan oleh Majlis Raja- Raja.
- Menasihati perkara – perkara yang berkaitan dengan hukum syarak.
- Pendidikan islam dan agama islam untuk memperbaik dan mengadakan penyeragaman hukum syarak dan pentadbiran islam.
- Majlis Agama Islam berperanan menasihati raja mengenai hal ehwal agama islam di setiap negeri. Penubuhan ini berdasarkan undang- undang negeri.
Kedudukan Islam sebagai agama
Persekutuan menunjukkan bahawa agama Islam telah diberi keistimewaan dalam
perlembagaan berbanding agama-agama lain di Negara ini. Kedudukan istimewa Islam
ini juga telah mengambil kira elemen-elemen tradisional penduduk asal Tanah
Melayu iaitu orang-orang Melayu ratusan tahun sebelumnya yang terus menerus
dipertahankan. Contohnya, agama Islam telah menjadi anutan sejak ratusan tahun
bagi orang-orang Melayu. Kerajaan Melayu Melaka yang bertapak kukuh selama lebih
kurang 100 tahun pada kurun ke-15 telah pun memperkenalkan undang-undang Islam
yang dikenali Hukum Kanun Melaka.Walaupun undang-undang tersebut dikatakan
mengandungi unsur-unsur adat, namun sebahagian besar kandungannya merupakan
undang-undang Islam sebenar meliputi perkara-perkara sivil dan jenayah.
Sumber rujukan:
Perkara 3(1): Agama bagi Persekutuan.
1. Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
2. Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan,amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.
3. Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.
4. Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.
5. Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.
Sumber rujukan:
- http://img27.fansshare.com/pic127/w/abdul-halim/1200/25438_tuanku_abdul_halim_of_kedah_as_th_ydp_agong_malaysia.jpg
- Buku Pengajian Malaysia (m/s 264 & 265)
- https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdZNcmgSiAoXI361veSfcuoMoP2viHBtW-Eg76XSc5JNYdS_XxXmfGc6qFwhJ0KWkpdXEUnbE4SXKWAnBLJJHLEan6YeLfx-GJHWWIHFxmuzdVvc4mK7GN9XN0bCis-BHAmhb0pYyVUwZg/s320/Image2.jpg